SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PANITIA ICT SMK SENAWANG 3

Tuesday 16 April 2013

SEJARAH KOMPUTER

Seperti semua telah ketahui, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storage capability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas2 manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.
Sejarah perkembangan penciptaan komputer boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :-
a) Sejarah teknik merekod
b) Sejarah mesin kad tebuk
c) Sejarah komputer elektronik
Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria menulis di atas kepingan tanah liat dan orang Mesir menulis di atas Papyrus dan menggunakan ‘Calmus’ sebagai alat menulis. Orang Greek dan Romania pula menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14.
Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang.
Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.
  • Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan,iaitu Pascaline. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ‘ Stepped Reckoner‘ telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von Leibnitz yang diubahsuai dari mesin Pascaline.
  • Sejarah perkembangan penciptaan komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard membangunkan mesin menenun sutera yang boleh diatur cara. Mesin itu dikawal dengan satu set arahan untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Dengan Konsep lubang dan tiada lubang Jacquard menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
  • Pada tahun 1854, ahli matematik Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra. Pada tahun 1937 pula, Beliau adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau juga telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
  • Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta yang digelar ‘Bapa Komputer‘ atau ‘Arkitek Komputer Moden‘ telah membina Enjin Perbezaan ( Difference Engine ) pada tahun 1822. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik ( Analytical Engine ) mula dibina. Kedua-dua usahanya tidak disiapkan kerana kekurangan teknologi serta terlalu maju untuk masanya. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
  • Usaha Babbage kemudiannya dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry Babbage telah mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.
  • Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
  • Herman Hollerith kemudiannya mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data dengan mencipta mesin Penjadualan Hollerith sekitar 1890 dan telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
  • Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat.
  • Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.

No comments:

Post a Comment