SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PANITIA ICT SMK SENAWANG 3

Tuesday, 13 March 2012

MENGENALI KOMPUTER

Kita selalu menyebut dan bermain dengan komputer. Malahan pada hari ini kita tidak dapat membebaskan diri kita daripada komputer. Ia diperlukan di dalam kehidupan kita sama ada kita mahu atau tidak. tetapi tahukah pelajar apakah yang dimaksudkan dengan komputer?
Komputer lama sebesar bilik
Komputer adalah mesin yang memaipulasikan data mengikut senarai arahan-arahan yang diberi kepadanya. Komputer pertama  yang menyerupai komputer moden sekarang wujud pada pertengahan kurun ke-20 (1940 - 1945) walaupun telah ada konsep komputer dan berbagai mesin yang menyerupai komputer sebelumnya. Komputer elektronik yang awal mempunyai saiz sebesar bilik, menggunakan kuasa yang banyak hampir sama dengan kuasa beberapa ratus komputer peribadi, PC.

Komputer moden adalah berasaskan litar-litar bersepadu yang kecil dan berjuta malah berbilion kali lebih mampu berbanding komputer lama malah memnggunakan ruang yang sangat kecil. Hari ini konputer ringkas boleh dibuat dalam saiz yang kecil hingga dapat dimuatkan dalam jam tangan dan dikuasai oleh bateri jam.

Komputer peribadi terdapat dalam pelbagai bentuk adalah ikon dalam Zaman Informasi ini. Bentuk komputer yang paling banyak digunakan pada hari ini adalah komputer yang terbina dalam. Komputer terbina dalam adalah kecil dan digunakan untuk mengawal lain-lain peranti (devices) misalnya ia terdapat di dalam mesin-mesin daripada jet pejuang kepada robot-robot industri, kamera digital dan permainan kanak-kanak.

Keupayaan untuk menyimpan dan melaksanakan senarai-senarai arahan yang dinamakan program menjadikan komputer serba boleh dan ini membezakannya dengan kalkulator.
Komputer terkini



No comments:

Post a Comment